Alhamdulillah tahun 2007 yang lalu dapat kami tunaikan Haji seperti yang dihajatkan. Kami selamat sampai kembali ke Malaysia pada Sabtu 19 Januari 2008 jam 11:30 malam mengikut jadual setelah 43 hari berada di bumi Mekkah Al Mukarramah & Madinah Al Munawwarah.
Alhamdulillah semua perjalanan haji kami berjalan amat baik sekali dan yang menariknya kami dapat melaksanakan haji menurut tertib apa yang nabi s.a.w sarankan. Sekali lagi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah dengan sokongan yang begitu baik daripada pihak Muassasah Kerajaan Arab Saudi bilamana mereka diberitahu yang kami akan mengerjakan haji menurut sunnah nabi s.a.w.
Pihak Muassasah menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada kami yang mahu bergerak ke Mina pada hari Tarwiyyah yang rata rata kebanyakan bas majoritinya bergerak menuju ke Arafah. Di Mina kami mabit di sana sehingga terbit fajar subuh hari 9 Zulhijjah. Pihak Muassasah juga telah menyediakan pengangkutan untuk kami bergerak menuju Arafah untuk berwukuf di sana.
Kami tiba di Arafah lebih kurang jam 9.00 pagi dan kebanyakan jemaah lain juga baru tiba dari Makkah. Kami difahamkan terdapat kesulitan pengangkutan semasa mereka nak bertolak dari Makkah. Sekali lagi dalam hati ini merasa amat syukur ke hadhrat Allah s.w.t yang tidak terhingga mengenangkan kumpulan kami tiada masalah pengangkutan.
....Kita sambung kemudian....
No comments:
Post a Comment