Saturday, February 2, 2008

Mabit Di Muzdalifah

Perjalanan kami diteruskan dengan bermabit di Muzdalifah. Menjelang waktu maghrib kami mula packing barang dan terus menunggu bas untuk bergerak ke Muzdalifah tanpa menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Kami hanya menunaikan solat maghrib secara jama' ta'khir setelah tiba di Muzdalifah.

kami di Muzdalifah agak awal juga dan sempat memilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah. Waktu tu cuaca agak berangin dan sungguh nyaman sekali dan selang beberapa minit kemudiannya masuk waktu isya' lalu kami pun solat berjamaah jama' qasar maghrib & isya'.

Tidak banyak aktiviti yang kami lakukan semasa mabit melainkan kami disarankan agar tidur & rehat secukupnya kerana esoknya kami akan menempuh perjalanan haji yang lebih mencabar & memerlukan tenaga fizikal yang banyak iaitu Ibadah melontar Jamratul Aqabah. Tentunya banyak pengalaman yang dapat dikongsikan disini...

Suasana di Muzdalifah begitu nyaman & tenang pada awal malamnya namun menjelang tengah malam suasana bertukar menjadi begitu sibuk... Apa yang kami jangkakan bila menjelang subuh suasana kembali tenang tidak menjadi. Apa tidaknya, kebanyakan jemaah haji yang tidak merancang untuk bermabit di Mina "Terpaksa dimabitkan" pada mlm tu dek kerana masalah pengangkutan oleh pihak pengurusan haji Arab Saudi. Bas yang ditunggu lewat sampai dan jemaah semakin berebut-rebut untuk menaiki bas yang terhad.

Ada cerita menarik masa tu... Si Wahid.... ala yang popular ngan rancangan Melodi TV3 juga pelawak Senario tu la... Dia terpaksa ambil alih jadi petugas Tabung Haji bagi mententeramkan keadaan yang begitu sesak. dari jauh terdengar suaranya berteriak." Sabar... Sabar... Pak Aji.. Mak Aji.... kita kat sini nak buat ibadat...kena banyak sabar ye.. bas kita tak banyak sebab ada bas rosak... kita ada 1 bas je.. nak bawak beribu orang... harap mak aji pak aji faham ye..." gitulah lebih kurang yang I dapat dengar... Kalau ada recorder masa tu boleh jadi bukti.. Apa pun tahniah buat Hj Wahid Senario... semoga anta mendapat ganjaran pahala yang banyak dari usaha anta tu...Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments: