Click to Play
Kami dapat keluar seluruhnya dari Muzdalifah lebih kurang pukul 10.30 pagi dan kami sendiri menghadapi sedikit masalah untuk balik ke Maktab Khas kami atas sebab sekatan sekatan oleh pihak tentera Saudi yang bertugas di pintu-pintu masuk menuju jamrah.
Ini disebabkan kami membawa beg-beg pakaian yang digunakan semasa di Arafah & Muzdalifah sedangkan jalan yang nak masuk ke Maktab kami adalah jalan yang sama menuju ke jamrah... so apa lagi kitorang pun dihalang dari memasuki khemah kami. Berbagai alasan diberi supaya dibenarkan masuk tapi tak berjaya... akhirnya terpaksa guna akal yang tak berapa cerdik.. kitorang menyelinap ditengah kesesakan orang ramai yang nak menuju jamrah dan masuk ke kawasan border tanpa disedari pihak keselamatan dan akhirnya berjaya sampai ke khemah dalam pukul 11:00 pagi.
Sampai di khemah, tak sempat nak rehat banyak terpaksalah ikut kumpulan nak gi melontar. Kami sampai kat tempat melontar betul betul pada waktu Dhuha dan orang ramai orang bersedia nak solat zuhur... lepas je azan kami terus je ke tempat jamrah dan mulalah melontar... "Bismillahi Allahu Akbar! Bismillahi Allahu Akbar! Bismillahi Allahu Akbar! sebanyak 7 kali dengan lontaran 7 biji anak batu. Maka selesailah sudah Ibadah haji bahagian pertama kami cuma menunggu untuk membotakkan kepala sebagai Tahallul Awwal di khemah...
No comments:
Post a Comment