Wednesday, February 6, 2008

Kembali Ke Makkah

Video thumbnail. Click to play
Click to Play
Setelah selesai melontar jamratul Aqabah kami sepatutnya terus menuju ke Makkah untuk melakukan Tawaf & Saie Haji. namun atas keputusan bersama kami putuskan untuk melakukannya keesokan harinya.
Ini adalah kerana memandangkan faktor masa yang terhad yang tidak memungkinkan kami pulang awal dari Makkah setelah kelewatan waktu masa melontar di jamratul Aqabah. Maka keesokan harinya pada 11 Zulhijjah 1428 H kami pun bertolak ke Makkah setelah solat subuh berjamaa'ah.
Kami sampai ke Makkah lebih kurang pukul 10:30 - 11:00 pagi (kalau tak silap... lupalah pulak!) dan semua setuju untuk bertemu semula di Hotel pukul 2:00 ptg untuk kembali ke Mina. Biasalah apa yang dirancangkan pastinya perancangan Allah paling tepat, kami agak lewat menghabiskan Tawaf & Saie... punyela ramai orang.... saya sendiri ambil keputusan buat tawaf di tingkat 3... walaupun agak selesa tapi agak jauh putaran tawaf yang terpaksa diambil. Namun masa yang diambil untuk tawaf di tingkat 3 lebih singkat berbanding tawaf di tingkat bawah.
Kami bertolak balik ke Mina dalam dua kumpulan, kumpulan pertama bergerak balik ke Mina dalam pukul 3:00 ptg, manakala kumpulan kedua terpaksa bergerak selepas Asar sebab banyak jalan ditutup dan kami terkandas dalam bas. Perkara solat tak jadi masalah pada kami sebab masih dalam wudhu' dan saya sendiri solat dalam bas dan ada diantara kami solat di pertengahan jalan sebelum sampai di Mina bilamana bas lama sangat berhenti atas sebab kesesakan jalanraya.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di Mina sebelum matahari terbenam dan kami berjalan kaki melalui khemah jemaah haji muassasah dekat terowong mua'ssim. sekali lagi kena tahan dek polis tentera pasai bawa beg melalui jalan menuju jamrah...Puh... bebuih mulut cakap yang kitorang bukan nak pi melontar tapi nak balik maktab khas depan terowong Mua'aisim..tak laku juga...polis tentera tu suruh gak kitorang tinggalkan beg kalau nak lalu...Entah apa ilmu yang Pak Khaliq(Salah seorang jemaah kami)pakai, akhirnya kami pun dibenarkan lalu....Peh... siksa betul nak layan kerenah pak Arab, apapun kitorang selamat sampai kat khemah pun dah Alhamdulillah...

No comments: