Sunday, February 10, 2008

Lagi Gambar Di Mina

Untuk tatapan semua disertakan lagi gambar-gambar semasa berkhemah di Mina..


Saturday, February 9, 2008

Mabit Di Mina

Sekembalinya kami dari Makkah kami rehat sepenuhnya di khemah sambil mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah lain yang sebelum ini masing masing buat hal masing masing dengan ibadah masing masing. Tiada ibadat khusus selain menghabiskan baki lontaran jamrah di hari-hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sempatlah kami sembang-sembang sambil berta'aruf tentang urusan & bidang masing masing. Ada yang bincang tentang bisness, tentang keluarga dan tak kurang juga yang bertukar tukar pendapat tentang isu isu global.

Yang syoknya kitorang dapat menyelami kehidupan masing masing sambil mengambil kesempatan untuk beramah mesra ibarat satu keluarga besar...Makan sama..tidur sama...kongsi masalah...urut kaki....(Saya la tu...pasal banyak jalan sampai urat bengkak...terror gak ust. Nazmi tunjuk skil mengurutnya... he.. he.. he..) Kalau sempat esok ana akan upload klip videonya insyaAllah...

Sebagai kenangan, sessi fotografi dibuat untuk disimpan sebagai bahan pekasam....
Tengokla sendiri ye....

Wednesday, February 6, 2008

Kembali Ke Makkah

Video thumbnail. Click to play
Click to Play
Setelah selesai melontar jamratul Aqabah kami sepatutnya terus menuju ke Makkah untuk melakukan Tawaf & Saie Haji. namun atas keputusan bersama kami putuskan untuk melakukannya keesokan harinya.
Ini adalah kerana memandangkan faktor masa yang terhad yang tidak memungkinkan kami pulang awal dari Makkah setelah kelewatan waktu masa melontar di jamratul Aqabah. Maka keesokan harinya pada 11 Zulhijjah 1428 H kami pun bertolak ke Makkah setelah solat subuh berjamaa'ah.
Kami sampai ke Makkah lebih kurang pukul 10:30 - 11:00 pagi (kalau tak silap... lupalah pulak!) dan semua setuju untuk bertemu semula di Hotel pukul 2:00 ptg untuk kembali ke Mina. Biasalah apa yang dirancangkan pastinya perancangan Allah paling tepat, kami agak lewat menghabiskan Tawaf & Saie... punyela ramai orang.... saya sendiri ambil keputusan buat tawaf di tingkat 3... walaupun agak selesa tapi agak jauh putaran tawaf yang terpaksa diambil. Namun masa yang diambil untuk tawaf di tingkat 3 lebih singkat berbanding tawaf di tingkat bawah.
Kami bertolak balik ke Mina dalam dua kumpulan, kumpulan pertama bergerak balik ke Mina dalam pukul 3:00 ptg, manakala kumpulan kedua terpaksa bergerak selepas Asar sebab banyak jalan ditutup dan kami terkandas dalam bas. Perkara solat tak jadi masalah pada kami sebab masih dalam wudhu' dan saya sendiri solat dalam bas dan ada diantara kami solat di pertengahan jalan sebelum sampai di Mina bilamana bas lama sangat berhenti atas sebab kesesakan jalanraya.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di Mina sebelum matahari terbenam dan kami berjalan kaki melalui khemah jemaah haji muassasah dekat terowong mua'ssim. sekali lagi kena tahan dek polis tentera pasai bawa beg melalui jalan menuju jamrah...Puh... bebuih mulut cakap yang kitorang bukan nak pi melontar tapi nak balik maktab khas depan terowong Mua'aisim..tak laku juga...polis tentera tu suruh gak kitorang tinggalkan beg kalau nak lalu...Entah apa ilmu yang Pak Khaliq(Salah seorang jemaah kami)pakai, akhirnya kami pun dibenarkan lalu....Peh... siksa betul nak layan kerenah pak Arab, apapun kitorang selamat sampai kat khemah pun dah Alhamdulillah...

Tuesday, February 5, 2008

Hari Nahar

Video thumbnail. Click to play
Click to Play
Kami dapat keluar seluruhnya dari Muzdalifah lebih kurang pukul 10.30 pagi dan kami sendiri menghadapi sedikit masalah untuk balik ke Maktab Khas kami atas sebab sekatan sekatan oleh pihak tentera Saudi yang bertugas di pintu-pintu masuk menuju jamrah.
Ini disebabkan kami membawa beg-beg pakaian yang digunakan semasa di Arafah & Muzdalifah sedangkan jalan yang nak masuk ke Maktab kami adalah jalan yang sama menuju ke jamrah... so apa lagi kitorang pun dihalang dari memasuki khemah kami. Berbagai alasan diberi supaya dibenarkan masuk tapi tak berjaya... akhirnya terpaksa guna akal yang tak berapa cerdik.. kitorang menyelinap ditengah kesesakan orang ramai yang nak menuju jamrah dan masuk ke kawasan border tanpa disedari pihak keselamatan dan akhirnya berjaya sampai ke khemah dalam pukul 11:00 pagi.
Sampai di khemah, tak sempat nak rehat banyak terpaksalah ikut kumpulan nak gi melontar. Kami sampai kat tempat melontar betul betul pada waktu Dhuha dan orang ramai orang bersedia nak solat zuhur... lepas je azan kami terus je ke tempat jamrah dan mulalah melontar... "Bismillahi Allahu Akbar! Bismillahi Allahu Akbar! Bismillahi Allahu Akbar! sebanyak 7 kali dengan lontaran 7 biji anak batu. Maka selesailah sudah Ibadah haji bahagian pertama kami cuma menunggu untuk membotakkan kepala sebagai Tahallul Awwal di khemah...

Sunday, February 3, 2008

Mabit Di Muzdalifah

Video thumbnail. Click to play
Click to Play
Suasana Mabit di Muzdalifah sungguh tenang & aman sekali namun menjelang subuh suasana agak sibuk memandangkan ramai jemaah haji yang terkandas disebabkan masalah pengangkutan yang terhad.

Saturday, February 2, 2008

Mabit Di Muzdalifah

Perjalanan kami diteruskan dengan bermabit di Muzdalifah. Menjelang waktu maghrib kami mula packing barang dan terus menunggu bas untuk bergerak ke Muzdalifah tanpa menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Kami hanya menunaikan solat maghrib secara jama' ta'khir setelah tiba di Muzdalifah.

kami di Muzdalifah agak awal juga dan sempat memilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah. Waktu tu cuaca agak berangin dan sungguh nyaman sekali dan selang beberapa minit kemudiannya masuk waktu isya' lalu kami pun solat berjamaah jama' qasar maghrib & isya'.

Tidak banyak aktiviti yang kami lakukan semasa mabit melainkan kami disarankan agar tidur & rehat secukupnya kerana esoknya kami akan menempuh perjalanan haji yang lebih mencabar & memerlukan tenaga fizikal yang banyak iaitu Ibadah melontar Jamratul Aqabah. Tentunya banyak pengalaman yang dapat dikongsikan disini...

Suasana di Muzdalifah begitu nyaman & tenang pada awal malamnya namun menjelang tengah malam suasana bertukar menjadi begitu sibuk... Apa yang kami jangkakan bila menjelang subuh suasana kembali tenang tidak menjadi. Apa tidaknya, kebanyakan jemaah haji yang tidak merancang untuk bermabit di Mina "Terpaksa dimabitkan" pada mlm tu dek kerana masalah pengangkutan oleh pihak pengurusan haji Arab Saudi. Bas yang ditunggu lewat sampai dan jemaah semakin berebut-rebut untuk menaiki bas yang terhad.

Ada cerita menarik masa tu... Si Wahid.... ala yang popular ngan rancangan Melodi TV3 juga pelawak Senario tu la... Dia terpaksa ambil alih jadi petugas Tabung Haji bagi mententeramkan keadaan yang begitu sesak. dari jauh terdengar suaranya berteriak." Sabar... Sabar... Pak Aji.. Mak Aji.... kita kat sini nak buat ibadat...kena banyak sabar ye.. bas kita tak banyak sebab ada bas rosak... kita ada 1 bas je.. nak bawak beribu orang... harap mak aji pak aji faham ye..." gitulah lebih kurang yang I dapat dengar... Kalau ada recorder masa tu boleh jadi bukti.. Apa pun tahniah buat Hj Wahid Senario... semoga anta mendapat ganjaran pahala yang banyak dari usaha anta tu...Amin Ya Rabbal Alamin...

Friday, February 1, 2008

Perjalanan Haji 2007

Kita sambung lagi...







Di Arafah kami berkumpul dalam satu khemah sambil mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Syed Nazmi sementara menunggu masuk waktu zuhur & khutbah Arafah.
Menjelang asar, kami masing masing "berkhalwat" dan buat hal masing masing... ada yang cari bawah pokok.. ada yang cari kerusi duduk kat sudut khemah.. dan tak kurang juga pi cari tanah lapang & berbukit di luar khemah untuk bermunajat mohon doa' kepada Allah, mengambil peluang hari Arafah yang dijanjikan Allah hari penuh keberkatan dan mendengar rintihan hamba hambanya yang meminta doa' pada hari & waktu tersebut...semoga doa kami & para hujjaj yang lain dimakbulkan Allah Amin Ya Rabbal Alamin...

Lagi gambar-gambar kat Arafah untuk tatapan...